Monday 22 August 2011

Apa Khabar Sayang


Apa khabar sayang..?
lama tidak bersua
bukan tiada ingatan
bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat sayang..?
lama tidak bertanya khabar
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat

Bagaimana hidup kamu sayang..?
lama kamu tidak bercerita
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua ~

http://fm2uradio.com/
June 9

No comments:

Post a Comment