Friday 20 July 2012

Selamat ulang Tahun ORKED



210712~1Ramadhan 1433H
ini adalah titipan luahan hati Ela buat seorang teman juga adik yg disayangi~
Dialah teman ketawa dan menangis Ela
Hari ini mungkin hari istimewa buat beliau.
Istimewanya kerana dia lahir ke dunia pada tarikh ini.
Hari kelahiran seorang putery dalam keluarga Pak Zakaria
Genap usianya 26 tahun,mungkin satu tempoh
kematangan seorang yang bernama wanita
Awalnya perkenalan kami xlah semesra dan serapat ini
Tapi masa dan keadaan menjadikan kami begitu serasi
tapi yang manisnya kami serasi kerana berusaha saling menjaga hati masing2
saling melengkapi,berkongsi cerita dan hobi :)
nak tau tak cerita kami kadang2 kan ada sedih,Ada gembira,ada gossip hahak
semua berkisar rempah ratus kehidupan manusia

Buat kamu Orked..

tau tak Ela sangat senang sebab kenal n menjadi sebahagian dr kehidupan ko
Ela rasa beruntung sebab dapat berada disisi ko selalu.
Terima kasih memaniskan hari2 Ela bersama kawan2 kita yg lain
Liss,Oney,Teem,Yanie,Zee,Cbk,Nazri,Najib n dah tentu yg teristimewa c Fahmey
Kehidupan kita dan dorang umpama puzzle kan.ehehe
Dari sudut manapun kita,tetap boleh dicantumkan dengan yang
lain n lepas tu membentuk figura sebuah kehidupan
antara kita yang saling lengkap melengkapi.
Nila dia persahabatan dan persaudaraan yang ikhlas kerana Allah.
Akhir kata,Ela harap Ssemoga ukhwah Islamiah ini akan terus mekar
sehinggalah kita bertemu Allah nanti~<3

SELAMAT HARI LAHIR Buatmu ~ Ayang Farhanie bt Zakaria
[̲̲̅̅s̲̲̅̅a̲̲̅̅y̲̲̅̅a̲̲̅̅n̲̲̅̅g̲̲̅̅ ̲̲̅̅k̲̲̅̅a̲̲̅̅m̲̲̅̅u̲̲̅̅,̲̲̅̅i̲̲̅̅n̲̲̅̅g̲̲̅̅a̲̲̅̅t̲̲̅̅ ̲̲̅̅i̲̲̅̅t̲̲̅̅u̲̲̅̅ ̲̲̅̅]

Sunday 17 June 2012



Seseorang yang memberimu bahagia
bukan diukur dari panjangnya waktu
namun yang lebihnya apa yang dia lakukan lahir dari hati yang tulus
dan perasaan sayangnya
walaupun hanya 5 minit tapi kebahagiaan itu kan terasa berabad-abad
apatah lagi kalau setiap hari dia selalu hadirkan senyum diwajahmu
jadi jangan menunda untuk memberi perhatian pada orang yang kau sayang
5 saat saja darimu itu sudah terlalu bererti baginya :-)

Tuesday 22 May 2012

Sayang Lahir Batin



Dengarkanlah aku cerita hatiku
Cerita tentangmu
Aku mau ikhlas, ikhlas menyayangimu
Tutuplah matamu
Cukup aku dan Tuhan yang tahu
Aku tlah berjanji menyayangimu
Lahir dan batinku
Aku tlah berjanji mendampingimu
Lahir dan batinku
Andai engkau tahu ku siap mati untukmu
Jiwa dan ragaku
Cukup aku dan Tuhan yang tahu
Aku tlah berjanji menyayangimu
Lahir dan batinku
Aku tlah berjanji mendampingimu
Lahir dan batinku

┣▇ sayang AWAK..ingat itu >.< ▇▇▇▇▇═─


SAYANG aku menginginkanmu bukan untuk saat ini saja
Aku menginginkanmu untuk kini,nanti dan selamanya
harapanku biarlah cinta ini tumbuh dengan sempurna
dan membawa kita bahagia menari lincah dalam hati
mekar dalam alam mimpi syurgawi
Melerai kerinduan dua hati
agar kita merasakan
Bahagia itu milik kita,bukan milik mereka.

**DE**

Sunday 20 May 2012

Nikmat Rasa Itu


Syukran Ya Allah akan nikmat yang engkau beri
rasa yang begitu INDAH kau berikan sekali lagi buatku
moga keindahan itu akan terus kekal BAHAGIA selamanya
Alhamdulillah...Amin ~

Nukilan hati :~ DE 1.45pm 21 Mei 2012

Friday 18 May 2012

LELAKIKU




ElAzz

Terima kasih duhai lelaki yang ku temui kala ini
bertemu denganmu sungguh bererti
Tak kuduga kau beri aku sebuah bingkisan istimewa
Kau tepati janjimu tanpa ada dusta
Aku menghargainya sekalipun menurutmu itu sederhana
Tak usah kau ragui akan diriku
Kerana di lubuk hatiku aku bahagia
Terima kasih untukmu lelaki sederhana
Kesederhanaanmu membuatku terpana

Nukilan hati :~ DE 18/05/12 11:00pm

Thursday 10 May 2012



Renungan..
Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap saja.

Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwanya. (Quran, 12:53)

Palingkan wajahmu hanya kepada Dia
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu.
walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.
Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar,Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.
Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.

Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.

Wednesday 9 May 2012

Selamat Hari Lahir





Assalamualaikum (Sanah Helwah)

10-05-2012 ~Khamis~18 J.Akhir 1433H

meningkatnya setahun lagi usiaku
Alhamdulillah aku masih bernafas
masih mampu melihat keindahan yang Allah ciptakan
Lalu aku menadah tangan memohon :~
Ya Allah ku panjatkan syukur atas kurnia usia yang telah
Engkau berikan ini serta atas setiap rezki
dan setiap cubaan yang engkau turunkan kepadaku
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku
tapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu
Aku sering leka dan lalai menjalankan kewajipanmu
jadikanlah aku seorang yang beriman kepadamu
peliharalah aku,temukanlah jodoh yang baik buatku
aku tak perlukan hadiah yang istimewa
cukuplah aku dikelilingi oleh org2 yang cukup aku sayangi
Syukran ya Allah

kata2 ini menjadi inspirasiku
~jadilah manikam berharga ~Di lumpur
pun ia mampu berkilauan terang~insyaallah


Infinity loves by > Deejay Ela/ElszaSafia

Friday 13 April 2012



JODOH tu rahsia ALLAH..
☻♥ ☻
/█\/█\
.||..  ||.
ツ SEKUAT mana kita setia
ツ SEHEBAT mana kita merancang
ツ SELAMA mana kita menunggu
ツ SEKERAS mana kita bersabar
ツ SEJUJUR mana kita menerima
ツ.. •.♥• Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA WAKTUNYA.. InsyaAllah

Saturday 7 April 2012

Selamat Hari Lahir Teman


♥ [̲̲̅̅P̲̲̅̅u̲̲̅̅t̲̲̅̅e̲̲̅̅e̲̲̅̅r̲̲̅̅y̲̲̅̅ ̲̲̅̅E̲̲̅̅l̲̲̅̅a̲̲̅̅E̲̲̅̅l̲̲̅̅i̲̲̅̅s̲̲̅̅a̲̲̅̅] ♥
Perkara paling indah pemberian Allah kepadaku,
Adalah menjadi sahabatmu.
kerana hubungan ini,
Aku tak akan menjadi aku.
Tidak mampu berbicara panjang,
Tidak mampu mengukir senyuman,
kau sangat berharga buatku,
Biarlah amal perbuatan menjadi saksi,
Cinta dan kasihku buatmu.
Lis semoga kau kekal bersabar di sisiku,
Biar nanti aku ke syurga beriringan denganmu.
kau sumber inspirasiku,kau pelangi dhatiku
Aku yakin saat ini kau tersenyum sama sepertiku



[̲̅m̲̅][̲̅u̲̅][̲̅a̲̅][̲̅a̲̅][̲̅h̲̅][̲̅x̲̅][̲̅x̲̅] [̲̅~̲̅] [̲̅s̲̅][̲̅a̲̅][̲̅y̲̅][̲̅a̲̅][̲̅n̲̅][̲̅g̲̅] [̲̅k̲̅][̲̅a̲̅][̲̅m̲̅][̲̅u̲̅][̲̅,̲̅][̲̅i̲̅][̲̅n̲̅][̲̅g̲̅][̲̅t̲̅] [̲̅i̲̅][̲̅t̲̅][̲̅u̲̅]  

Nukilan hati : DE~08.04.12 / 12.38am

Wednesday 4 April 2012

Terima Aku Seadanya




Aku hanya Gadis biasa
Aku gadis sederhana
Aku tak seindah yang kau kira
Aku bukan mutiara
Aku juga bukanla puteri raja
Andai nanti kau memilihku
Lihatlah aku jangan kau lihat jasadku
Tapi lihatlah pada jiwa dan hatiku
Ku hanya ingin dicintai dan mencintai
Dengan sederhana namun penuh makna
Berjalan pada redhaNya ~**DE**

nukilan hati :~DE* 8.00pm 040412



Thursday 15 March 2012

Insan Kecil Ku SAYANG





Masih terasa sebak dihati
Melihat kanak kanak itu pergi
Pergi yang tak kembali
Insan kecil yang tak berdosa
Diperlakukan sebegitu kejam
Hati mana yang tak terusik
setiap kali melihat dan membaca beritamu
Hatiku merintih
Hatiku simpati
apalagi melihat ibunya yang bersedih
Wahai insan kecil...
Damailah kau disana
Disamping dia sang pencipta
Doaku agar manusia kejam itu
Mendapat pembalasannya
Allah itu maha berkuasa

Sekalung takziah buatmu insan kecilku ~ NURUL NADIRAH
Al-Fatihah...

Nukilan hati :~ De 1.00pm 16.3.12

Wednesday 7 March 2012



Aku hanya seorang wanita
Yang hanya mempunyai tangan
Yang hanya mempunyai jiwa
Yang hanya mempunyai hati
walau aku tidak sebaik khadijah
walau aku tidak setegar khansa
walau aku tidak sepandai aisyah
walau aku tidak secantik zainab binti jahsyi
Aku hanya seorang wanita yang punya ketabahan
Aku wanita hanya mampu memohon
Moga Allah senantiasa melindungi
Moga Allah senantiasa melimpahkan rahmat
Aku wanita hanya mampu berharap
menjadi permaisuri yang baik
menyemai cinta di taman hati sang putera
agar aku bisa menjadi semerbak wangi kasih dan sayang
saat sedih melanda diri
saat hati tak mampu lagi menahan
apa yang terlihat oleh mata
apa yang terasakan oleh rasa
itu semua adalah nyata
dalam menjalani realiti dunia yang fana ~

Nukilan hati ~ DE 1.28pm / 080312

Tuesday 28 February 2012

* AKU YANG SENDIRI *






Malam ini tiada kerlipan bintang
apa lagi sinaran rembulan yang menerangi
Tiada tawa,tiada jua canda dan riuhnya suaramu
Tiada lagi kulihat bayang dirimu
Tiada kata-kata untuk kuungkap
Tiada kata indah untuk kurungkai
Dalam kebisuan kata
tiada yang tau
Tiada yang rasa
Ya Allah
Hanya kau saja yang tahu isi hatiku
Saat ku SENDIRI aku sunyi
semua rasa ini bagai tiada tempat untuk berbagi
Aku terpaku seperti raga kehilangan bayang
Semua kata dan rasa kutulis di atas kertas agar menjadi sebuah puisi
Aku sepertinya tidak tahu apa yang harus aku lakukan
Perlukah aku terus SENDIRI menjalani kehidupan ini
Apa yang aku tahu dan apa yang aku mahu
Sepi dan kesendirian ini akan cepat berlalu
Semoga ianya segera berakhir
Dan kutunggu saat-saat kebahagiaan ku datang

Nukilan hati : DE ~ 3.10pm - 290212

Monday 27 February 2012

Kau Cintai Saudaraku


Kau
biarkan ku pergi darimu
tak tahan rasanya terus berada disini
kau kata kau cinta tapi bermuka dua
kau permainkan aku di belakangmu
seperti aku tak punya harga diri
manis berkata bila berdua
seakan akan akulah pujaanmu
akulah yang terakhir di hatimu
sakit hatiku
biarkan aku segera pergi
tinggalkan kemunafikanmu
kenapa hingga kau sanggup mencintai saudaraku sendiri
adikku??
sudah....
buang semua sandiwaramu
kerana aku sudah tahu
dan kini....
aku tak mahu mempertaruhkan harga diri lagi
yang selalu aku junjung tinggi ~

Nukilan hati : DE 04pm 28/02/12

Wednesday 1 February 2012

TERBANG BERSAMA


Saat kita beriringan
kau pegang tanganku
ku rangkul bahumu
Saat kau menatap mataku
sambil kau katakan padaku
Bisakah kita terbang
Terbang bersama
Menuju satu tempat
melihat kehijauan
melihat seluruh alam
Aku Melihat kewajahmu
Melihat senyum yang kau kuntumkan untukku
Lalu aku memasang anganku
Untuk cuba terbang bersamamu
menemani hari indah denganmu
Dan aku mengharapkan
Waktu itu kita benar benar merasakan
Nikmatnya kehidupan dengan penuh kasih dan sayang
Kau adalah segalanya bagiku
Semoga tercapai impian kita terbang bersama ~

Nukilan hati :~ DE 3.26pm 020312

Tuesday 31 January 2012

Erti Kehidupan

Dalam kepayahan aku mencari
Dalam kepayahan aku menarik nafas
Dalam kepayahan aku terus berjuang
Adakah jalan untuk ku hembuskan
Nafas tersekat..payah..sempit..padat..
Tapi kerana semangat yang kau berikan
Aku mencuba untuk menyambung hayat kehidupan ~

nukilan DE ~7.39pm / 310112

Monday 30 January 2012

CinTa Sempurna


Cinta mu indah 
Cinta mu anugerah Allah
Dikurniakan untuk melindungi wanita seperti aku
Dihargai dengan kasih sayang
Bertanggungjawab membawa kejalan Allah
Tetapi diamanatkan untuk sentiasa dikasihi, 
Dilindungi kerana itu ia selalu dekat ditulang rusukmu
Jika kau paham apa itu cinta pada wanita,
nescaya aku tidak menangis derita 
Malah kukan menangis gembira
Duhai Adam yang kusayangi 
cari lah Wanita yang terbaik untuk kau nikahi
tapi ingatlah tak akan jumpa semuanya sempurna

Nukilan ~ DE 01.53pm 31.Jan.12



Tuesday 10 January 2012

Tazkirah Cinta Dan Sayang


Yaa Allahu yaa Robbi..!
Izinkan aku menggelar Sajadah bersamanya.
Beralas Cinta berujung Syurga.
Yang menenggelamkan kami dalam sujud penuh kerinduan kepada-Mu.
Dalam Takbir yang mengakui ke Agungan-Mu.
Dalam Sallam yang mengingatkan bermanfaat bagi sesama.
Dalam Wudhu yang membersihkan hati kami untuk melihat ke Indahan Wajah-Mu.
Dalam Tilawah yang kami lantunkan penuh haru.

by ~ DEWI ~

KARENA CINTA



::~~~~~*Karena Cinta*~~~~~::

berayun jiwa melara
melayang harapan suka
terbang terbawa dusta
karena cinta sesaat saja

menjuntai sukma berduka
di seutas benang asmara
merana hati jiwa & raga
karena cinta pergi begitu saja

merunduk muka tersiksa
menahan sembilu meluka
menggores hati dan jiwa
karena cinta ter sia-sia

karena cinta terasa hampa
karena cinta buat derita
karena cinta bisa bahagia
karena cinta lupa segalanya

by BYN

Saturday 7 January 2012


Saya dah tak tau siapa saya pada kamu
saya tak tau apa yang kamu cuba nak sampaikan pada saya
besar sangat kesalahan saya pada kamu???
susah sangat kamu nak maafkan saya
saya dah terima apapun jua teguran kamu pada saya
TAPI saya bagai tak bererti buat KAMUUUUUUUUU
~im sad ~

Friday 6 January 2012







Ya Allah
Ku rasakan kini sendirian
Ku rasakan kini kesepian
Ya Allah
Ku rasakan kini kesedihan
Ku rasakan kini kerinduan
Ya Allah
Ku rasakan kini keresahan
Ku rasakan kini ketidaktahuan
Ampuni aku Ya Allah
Banyak dosa-dosa yang mengalir dalam hidupku
Ampuni aku Ya Allah
Hanya pada Engkau aku meminta pertolongan
Tidak ada yang sebaik Engkau dalam menentukan langkah
Tidak ada yang sehebat Engkau dalam menentukan kisah
Tiada yang seagung Engkau dalam hilangkan resah
Tiada yang seperkasa Engkau dalam ciptakan anugerah
Maka aku bersujud padaMu Ya Allah
Agar langkahku tak sesat dan selalu berada dalam jalan benarMu
Terima Kasih atas kehidupan yanG kau Beri Ya Allah ~

August 15

KAU ~



July 30

kau belahan hatiku
mengalir dalam denyutan nadiku
kau adalah cintaku
kaulah pangeran hatiku
kau adalah nafasku
pembangkit detak jantungku
kau adalah hidupku
kaulah putera hatiku
tulus hatimu meluluhkan jiwaku
jadilah kekasihku pemilik tulus cintaku
semoga Tuhan mengabulkan do'a ku
menyatukan cinta kita di tangan-Nya~ DE





Kabarkan salamku pada dia melalui bayumu yang mendawaikan lagu..
Titipkan lukisan hatiku dan hatinya yang sudah kulukis ini pada dia yang kurindu..
Sampaikan juga sekuntum kecupan bibirku ke daun pipinya yang lembut itu..
Bisikkan ke relung hatinya betapa aku sangat menyayangi nya selalu..

Kasih..
Jangan kau risaukan tentang jarak ini..
Jarak ini lah yang menjadikan pertemuan kita yg paling indah nanti..
Akan tetap kudengar suaramu walaupun kau lagukan dari desiran ombak yang bernyanyi..
Hanya suaramu yang memecah hariku yang beku yang kurasa sunyi dan sepi....

takkan pernah habis untuk kutuliskan semua tentangmu
kerana dirimu begitu indah
kehadiranmu seperti embun penyejuk hati dan jiwa
suaramu seperti semilir angin yang menghujam jantungku
kau tiupkan benih kasih sayang yang kan ku semai
dan akan ku pelihara dalam hamparan hatiku ~DE

Wednesday 4 January 2012



malam...
♥ ada rindu dalam hati
♥ ada sendu menemani
♥ ada getar dalam diri
♥ ada kasih melimpahi

untukmu malam yang selalu ku tunggu kau datang ~

Deejay Ela ~04/01/12 - 11.54pm