Tuesday 22 May 2012

Sayang Lahir Batin



Dengarkanlah aku cerita hatiku
Cerita tentangmu
Aku mau ikhlas, ikhlas menyayangimu
Tutuplah matamu
Cukup aku dan Tuhan yang tahu
Aku tlah berjanji menyayangimu
Lahir dan batinku
Aku tlah berjanji mendampingimu
Lahir dan batinku
Andai engkau tahu ku siap mati untukmu
Jiwa dan ragaku
Cukup aku dan Tuhan yang tahu
Aku tlah berjanji menyayangimu
Lahir dan batinku
Aku tlah berjanji mendampingimu
Lahir dan batinku

┣▇ sayang AWAK..ingat itu >.< ▇▇▇▇▇═─


SAYANG aku menginginkanmu bukan untuk saat ini saja
Aku menginginkanmu untuk kini,nanti dan selamanya
harapanku biarlah cinta ini tumbuh dengan sempurna
dan membawa kita bahagia menari lincah dalam hati
mekar dalam alam mimpi syurgawi
Melerai kerinduan dua hati
agar kita merasakan
Bahagia itu milik kita,bukan milik mereka.

**DE**

Sunday 20 May 2012

Nikmat Rasa Itu


Syukran Ya Allah akan nikmat yang engkau beri
rasa yang begitu INDAH kau berikan sekali lagi buatku
moga keindahan itu akan terus kekal BAHAGIA selamanya
Alhamdulillah...Amin ~

Nukilan hati :~ DE 1.45pm 21 Mei 2012

Friday 18 May 2012

LELAKIKU




ElAzz

Terima kasih duhai lelaki yang ku temui kala ini
bertemu denganmu sungguh bererti
Tak kuduga kau beri aku sebuah bingkisan istimewa
Kau tepati janjimu tanpa ada dusta
Aku menghargainya sekalipun menurutmu itu sederhana
Tak usah kau ragui akan diriku
Kerana di lubuk hatiku aku bahagia
Terima kasih untukmu lelaki sederhana
Kesederhanaanmu membuatku terpana

Nukilan hati :~ DE 18/05/12 11:00pm

Thursday 10 May 2012



Renungan..
Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap saja.

Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwanya. (Quran, 12:53)

Palingkan wajahmu hanya kepada Dia
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu.
walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.
Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar,Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.
Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.

Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.

Wednesday 9 May 2012

Selamat Hari Lahir





Assalamualaikum (Sanah Helwah)

10-05-2012 ~Khamis~18 J.Akhir 1433H

meningkatnya setahun lagi usiaku
Alhamdulillah aku masih bernafas
masih mampu melihat keindahan yang Allah ciptakan
Lalu aku menadah tangan memohon :~
Ya Allah ku panjatkan syukur atas kurnia usia yang telah
Engkau berikan ini serta atas setiap rezki
dan setiap cubaan yang engkau turunkan kepadaku
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku
tapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu
Aku sering leka dan lalai menjalankan kewajipanmu
jadikanlah aku seorang yang beriman kepadamu
peliharalah aku,temukanlah jodoh yang baik buatku
aku tak perlukan hadiah yang istimewa
cukuplah aku dikelilingi oleh org2 yang cukup aku sayangi
Syukran ya Allah

kata2 ini menjadi inspirasiku
~jadilah manikam berharga ~Di lumpur
pun ia mampu berkilauan terang~insyaallah


Infinity loves by > Deejay Ela/ElszaSafia